Pertempuran Golymin

Pertempuran Golymin berlangsung pada 26 Disember 1806 sewaktu Perang Napoleon di Gołymin, Poland, antara sekitar 17,000 orang tentera Imperial Rusia dengan 28 laras meriam di bawah pimpinan Putera Dmitriy Vladimirovich Golitsyn dengan 38,000 orang tentera Perancis di bawah pemerintahan Marsyal Murat. Tentera Imperial Rusia berjaya mengundurkan diri daripada bertempur dengan angkatan Perancis yang lebih kuat. Pertempuran ini berlaku pada hari yang sama dengan Pertempuran Pultusk.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne